Uqasha, Kamal Adli timang anak pertama

Iklan
Uqasha selamat melahirkan anak sulungnya pada awal pagi Sabtu.

PASANGAN pelakon romantis, Uqasha Senrose dan Kamal Adli selamat menimang cahaya mata pertama pada awal pagi Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, 32, menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran sama, Uqasha turut berkongsi nama puteri sulungnya iaitu Uqaira.

"Alhamdulillah selamat melahirkan puteri kecil saya Subuh tadi.

Iklan

"Selamat datang ke dunia sayangku, saya sayang awak sepenuh hati Uqaira sayang,” tulis Uqasha.

Bagaimanapun, setakat ini Uqasha tidak berkongsi wajah bayi yang dilahirkan dengan berat 2.72 kilogram (kg) itu.

Iklan

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!