PRK Kuala Kubu Baharu: Elak sentuh isu sensitif, 3R

Iklan
Saifuddin (tengah) mendengar penerangan daripada salah seorang mangsa kebakaran di perumahan awam Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur semasa menerima sumbangan di Karnival Pencegahan Jenayah pada Sabtu. - FOTO:SINAR HARIAN/HISYAMUDDIN AYUB

KUALA LUMPUR - Semua parti dan penyokong di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) diingatkan untuk tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apa sahaja perkara yang bersifat 'distructive' (negatif) atau tidak baik perlu dielakkan oleh semua pihak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepanjang 12 hari kempen pada PRK tersebut berlangsung, pastikan tiada perkara sensitif termasuk isu 3R (agama, raja dan bangsa) tidak disentuh serta perlu dijauhkan.

"Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.

Iklan
Saifuddin (tengah) berkata sesuatu kepada penerima bakul makanan 'food bank' semasa Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi PDRM dan DBKL dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu. - FOTO:SINAR HARIAN/HISYAMUDDIN AYUB

Beliau berkata demikian sempena Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Iklan

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesedaran jenayah dianjurkan sempena karnival tersebut, selain sumbangan kepada lima mangsa kebakaran Flat Sri Sabah sebelum ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, langkah awal serta persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi sebarang kemungkinan pada PRK KKB telah dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara (KPN).

Beliau berkata, KPN telah turun dan berjumpa pegawai polis di daerah itu bagi mengingatkan bahawa PDRM kekal profesional sepanjang PRK berlangsung.

Tegasnya, fokus utama PDRM adalah memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dijaga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!