Piala Thomas: Malaysia 5 Hong Kong 0

Iklan
Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin menang straight set ke atas Reginald-Chun Man. Foto FB BAM

SKUAD badminton negara memulakan saingan Piala Thomas 2024 dengan langkah kanan apabila menumpaskan Hong Kong 5-0 dalam saingan Kumpulan D di China sebentar tadi.

Kejayaan dengan rekod kemenangan bersih itu meletakkan Malaysia sebelah kaki ke saingan suku akhir.

Iklan
Iklan

Pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia membuka skrip kejayaan skuad negara apabila mengutip mata pertama setelah menewaskan Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam saingan selama 45 minit di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kedua Zia Jii dalam pertemuan dengan Cheuk Yiu di pentas antarabangsa.

Iklan

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kemudian meneruskan rentak positif apabila menyumbang mata kedua buat skuad badminton negara.

Justin mengesahkan kemenangan 5-0 Malaysia ke atas Hong Kong dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas di China pada Sabtu. Foto FB BAM

Pujian juga wajar diberikan kepada pemain perseorangan, Leong Jun Hao yang bangkit daripada ketinggalan untuk menghadiahkan mata ketiga mengatasi Hong Kong 3-0.

Iklan

Jun Hao yang tumpas pada set pertama kepada Angus Ng Ka Long 17-21, bangkit pada aksi kedua 21-12 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Momentum positif diteruskan oleh pemain yang menduduki tangga ke-37 dunia itu apabila mengesahkan kemenangan 21-15 ke atas Ka Long yang menghuni ranking ke-27 dalam tempoh 61 minit permainan.

Ia adalah pertemuan pertama mereka di pentas antarabangsa dan tabik buat Jun Hao yang tenang beraksi tanpa mengenal erti menyerah kalah.

Pasangan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani enggan menoleh ke belakang lagi apabila memungut mata keempat negara selepas menewaskan Reginald Lee Chun Hei-Tang Chun Man 21-19, 21-18 dalam saingan beregu kedua.

Pemain perseorangan ketiga, Justin Hoh mengesahkan kemenangan bergaya Malaysia apabila mengalahkan Chan Yin Chak 21-17, 19-21, 21-17.

Selepas kejayaan meraih tiga mata itu, Malaysia akan menentang Algeria pada Ahad dan pasukan pilihan, Denmark pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!