Sarjit sudah ada senarai pemain untuk Piala Sultan Azlan Shah

Iklan
Sarjit. Foto FB MHC

KETUA Jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh memberi bayangan sudah ada 18 pemain berada dalam fikirannya untuk disenaraikan dalam skuad Speedy Tigers bagi menggalas cabaran dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) awal bulan depan.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan akan memuktamadkan senarai tersebut selepas aksi persahabatan menentang New Zealand pada 1 Mei nanti.

Iklan
Iklan

"Kita sudah ada pemain yang kita inginkan. Seramai antara 18 ke 22 pemain. Kita akan muktamadkan pemain yang tersenarai selepas perlawanan dengan New Zealand nanti,” katanya kepada media pada sesi latihan terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis.

Mengulas mengenai empat pemain senior, Sarjit enggan terburu-buru dan dilihat lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Iklan

"Empat pemain senior belum disahkan lagi akan tersenarai dalam senarai terakhir 18 pemain. Kita kena tunggu dan lihat mereka berlatih serta menunjukkan permainan yang baik dalam perlawanan persahabatan nanti,” tambahnya.

Empat pemain senior itu ialah penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman, 32, pemain pertahanan Muhammad Marhan Jalil, 34 dan pemain tengah Mohd Fitri Saari, 31 serta penyerang Faizal Saari, 33.

Iklan

Malaysia yang berada pada ranking ke-13 dunia akan memulakan kempen menentang juara tiga kali Pakistan pada 4 Mei, diikuti aksi berdepan Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!