Jin Wei cari inspirasi Olimpik Paris di Chengdu 2024

Iklan
Jin Wei

PEMAIN badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei optimistik bahawa bermain di Piala Uber 2024 yang bermula di Chengdu, China, menjadi platform terbaik buat dirinya bersedia untuk penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jin Wei, bekas juara remaja dunia dua kali itu layak ke Paris 2024 buat pertama kalinya dan beliau bertekad untuk mara sejauh mungkin pada temasya sukan terbesar dunia itu, yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Iklan
Iklan

"Saya rasa Piala Uber 2024 ialah kejohanan utama terakhir sebelum Sukan Olimpik 2024 dan penyertaan di Chengdu akan menjadi platform yang sangat baik untuk saya mendapatkan inspirasi pertandingan di Paris," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan di Chengdu pada Jumaat.

Pemain berusia 24 tahun itu kini berada pada kedudukan ke-20 dalam siri kelayakan Race to Paris, yang akan berakhir Ahad ini.

Iklan

Mengikut kriteria kelayakan Paris 2024, keseluruhan terdapat 35 tempat, satu tempat bagi negara tuan rumah dan dua tempat kesejagatan yang akan disahkan oleh Suruhanjaya Tiga Pihak selepas tamat tempoh kelayakan.

Acara perseorangan lelaki dan wanita ditetapkan setiap negara boleh mempunyai kuota maksimum dua tempat jika pemain tersebut berada pada kedudukan 16 terbaik dalam ranking kelayakan ke Paris.

Iklan

Walaupun harapan terhadap skuad wanita negara di Chengdu adalah rendah, pemain berasal dari Pulau Pinang itu berharap, rakan sepasukannya mampu mencipta kejutan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2018 Thailand selain Taiwan dan Australia.

"Memandangkan kami telah sampai ke sini, kami tidak mempunyai apa-apa tekanan, hanya turun ke gelanggang dan berjuang," katanya.

Jin Wei turut berkongsi lagu 'Semangat Sepasukan' yang menjadi laungan perang 'rasmi' mereka dalam kejohanan kali ini dan ia telah meningkatkan semangat mereka untuk memberikan 100 peratus, pada kejohanan berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.

PIALA UBER

Kumpulan B

AHAD

Malaysia lwn Taiwan

ISNIN

Malaysia lwn Thailand

RABU

Malaysia lwn Australia

CHENGDU 2024

PIALA THOMAS:

Kumpulan A

Korea Selatan lwn Kanada - 8.30 pagi

China lwn Australia - 1 tengah hari

Kumpulan C

Indonesia lwn England - 6 petang

India lwn Thailand - 6 petang

Kumpulan D

MALAYSIA lwn Hong Kong - 8.30 pagi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Denmark lwn Algeria - 1 tengah hari

PIALA UBER:

Kumpulan A

China lwn Singapura - 8.30 pagi

India lwn Kanada - 1 tengah hari

Kumpulan C

Jepun lwn Uganda - 8.30 pagi

Indonesia lwn Hong Kong - 1 tengah hari

Kumpulan D

Korea Selatan lwn Mexico - 6 petang

Denmark lwn Amerika Syarikat - 6 petang