Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Mizan

Iklan
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah zahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-62 kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-62 kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Iklan
Iklan

"Semoga ALLAH SWT merahmati baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda," menurut poster itu.

Tarikh 26 April merupakan hari kelepasan am bagi Terengganu sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!