Serangan di Gaza: MBM, KNP desak tindakan kemanusiaan segera diambil

Iklan
Mohd Izzat (kanan) dan Tantan Taufiq mengeluarkan kenyataan bersama pada Jumaat.

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang telah berlanjutan lebih 200 hari.

Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Ketua Umum KNPI, Tantan Taufiq Tolub dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, masyarakat antarabangsa juga digesa untuk bersatu demi menghentikan keganasan dan menyokong usaha-usaha bantuan kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Ujar mereka, tiada alasan untuk kekejaman yang memusnahkan nyawa dan merampas masa depan generasi akan datang itu.

"Kami berdiri teguh bersama mangsa, menuntut keadilan dan perlindungan hak asasi manusia yang tidak boleh digadaikan. Kami juga menyeru kepada pihak-pihak berkepentingan untuk melakukan langkah segera dalam membantu mereka yang terkesan.

Iklan

"Selain itu, memberi rawatan perubatan yang mencukupi dan perlindungan bagi mereka yang terpaksa melarikan diri dari keganasan. Sudah tiba masanya untuk bertindak - bukan hanya berkata-kata," ujar mereka.

Tambah Mohd Izzat dan Tantan Taufiq, tragedi berdarah itu bukan sekadar angka, tetapi nyawa manusia yang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak dan wanita yang terkorban dan mengalami penderitaan yang mendalam.

Iklan

Ini kerana, lebih dari 34,000 nyawa dilapor telah hilang dengan majoriti mangsa adalah kanak-kanak dan wanita, jiwa-jiwa tidak berdosa terpaksa menghadapi keganasan yang tidak terbayangkan.

"Lebih dari 77,000 individu telah cedera parah, tanpa akses kepada rawatan perubatan sepatutnya, meninggalkan mereka terdedah kepada jangkitan dan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

"Keganasan rejim Israel ini juga telah memaksa lebih dari 17,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu, terputus hubungan daripada kasih sayang dan perlindungan ibu bapa mereka, lebih dua juta orang diusir dari rumah dan tanah air mereka, menjadikan mereka pelarian yang harus mencari keselamatan jauh dari tanah tumpah darah mereka sendiri," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!