Pekan lama Kangar akan dibangunkan semula
Iklan
Deretan rumah kedai berusia ratusan tahun di pekan lama Kangar, Perlis. (Gambar kecil: Asrul Aimran)
KANGAR - Kawasan pekan lama Kangar akan dibangunkan semula selain dicadangkan dinaik taraf sebagai nadi pusat bandar bagi mengubah wajah dan imej kawasan tersebut.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, cadangan menghidupkan semula aktiviti perniagaan di pekan lama Kangar telah diberi perhatian dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2035 (RT MPKPs 2035).
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak RM910,000 diperuntukkan kepada MPK untuk kerja perindahan dan landskap bandar di sekitar negeri itu pada tahun ini.
"Ia bertujuan untuk mencipta suasana bersih, teratur dan indah yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan perniagaan di negeri ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan Gan Ay Ling (Pakatan Harapan-Indera Kayangan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Khamis.
Iklan
Asrul Aimran berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha membangunkan semula pekan lama Kangar.
"Dalam merencanakan perancangan ini, kerajaan negeri mengambil kira dasar-dasar pembaharuan semula bandar sedia ada seperti yang tertera dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4).
Iklan
"Cadangan untuk hidupkan semula aktiviti perniagaan di pekan lama Kangar juga diwujudkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, dan dicadangkan menjadi nadi Kangar agar menjadi pemangkin kepada imej baharu bandar itu sebagai Bandaraya Sejahtera,” ujarnya lagi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.