Perang Gaza mungkin bersambung 200 hari lagi
Iklan
Orang ramai berkumpul di tepi bangunan yang musnah di tapak penurunan bantuan kemanusiaan di utara Semenanjung Gaza pada Isnin. Foto AFP
BERMODALKAN alasan menyerang balas pejuang Hamas yang melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu, rejim Zionis sehingga ke detik ini terus membedil tanpa henti rakyat Palestin di Gaza.
Perang yang memasuki hari ke-200 pada Selasa itu tidak menampakkan sekelumit isyarat akan reda dalam masa terdekat biarpun telah mengorbankan lebih 33,000 nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.