PRK KKB: Pang Sock Tao calon Kerajaan Perpaduan

Iklan
Pang Sock Tao ketika menyampaikan ucapan selepas diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Sock Tao dipilih kerana mampu menarik lebih ramai pengundi muda di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, golongan belia mampu membawa perubahan yang progresif bagi meraih kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

"Calon yang dipilih ialah wanita dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang politik.

Iklan

"Kita mahu suara anak muda yang progresif dan mampu memberi kemenangan dalam PRK kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu di sini pada Rabu.

Iklan

Turut hadir, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari; Ahli Parlimen Bukit Martajam, Steven Sim; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Noor; Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek dan beberapa kepimpinan lain.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Dalam pada itu, Sock Tao, 31, berkata, dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang politik selama enam tahun, beliau berharap mampu memberi kemenangan yang terbaik.

Tambah anak jati Ampang, Selangor itu, prinsip untuk membina negara yang lebih maju merupakan agenda utama mereka.

"Saya mempunyai pengalaman politik dan pernah bekerja di beberapa kementerian.

"Menerusi pengalaman sedia ada saya yakin kita mampu membawa perubahan yang lebih positif di kawasan ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!