PRK Kuala Kubu Baharu: AMK tumpu kawasan tertentu, dekati belia
Iklan
AMK yakin aspek kesederhanaan ialah elemen penting dalam mendepani semua isu berbangkit agar ia dapat ditangani dengan cermat, harmoni dan penuh semangat perpaduan, maka PRK kali ini mesti dilatari semangat sama.
KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berkampung di beberapa kawasan tumpuan dan mendekati golongan belia daripada pelbagai latar belakang sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, bermula Sabtu ini.
Semasa berkempen, fokus penerangan AMK ialah mengenai pembangunan dan isu setempat di samping persoalan peringkat nasional khususnya yang menyentuh soal perpaduan masyarakat, kepesatan ekonomi dan inisiatif Kerajaan Madani selain menangkis fitnah serta propaganda pembangkang.
Iklan
Iklan
Selain itu, kempen juga akan digerakkan secara mandiri tanpa bergantung kepada jentera kerajaan dan yakin dengan kekuatan akar umbi parti yang bersedia mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Kubu Baharu.
"Kami yakin, golongan belia di Kuala Kubu Baharu mampu menjelmakan diri sebagai sebuah kelompok generasi muda yang rasional, berpengetahuan, demokratik dan matang dalam mendepani suasana politik yang runcing sekarang," menurut kenyataan AMK di sini pada Selasa.
Iklan
AMK yakin aspek kesederhanaan ialah elemen penting dalam mendepani semua isu berbangkit agar ia dapat ditangani dengan cermat, harmoni dan penuh semangat perpaduan, maka PRK kali ini mesti dilatari semangat sama.
Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Sabtu lepas melantik Ketua AMK Selangor Izuan Kassim sebagai Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu.
Iklan
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 April sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian pada 11 Mei ini. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.