Sultan Kedah, Keluarga Diraja Kedah berangkat meriahkan Majlis Aidilfitri
Iklan
Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Kedah dan Keluarga Diraja di Istana Anak Bukit pada Sabtu.
ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Tuanku Sultan Kedah dan Keluarga Diraja di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit dekat sini pada Sabtu.
Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Iklan
Iklan
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Norizan Khazali dan barisan Exco Kedah.
Sultan Sallehuddin (tengah) bersama keluarga Diraja dan tetamu kehormat memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Kedah dan Keluarga Diraja di Istana Anak Bukit pada Sabtu.
Majlis sambutan Aidilfitri berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Iklan
Sambutan turut dihadiri pegawai kanan yang berkhidmat di peringkat negeri dan Persekutuan serta pengamal media tempatan yang mewakili Kelab Media Elit Kedah (KMEK).
Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin berkenan beramah mesra bersama tetamu jemputan.
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>