Ummah sokong Dr Mahathir pegang jawatan sehingga PRU15
Iklan
Dr Mahathir - Foto Bernama
SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) berpendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu kekal memegang jawatan tersebut sehingga tamat penggal pentadbirannya.
Timbalan Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata, Ummah menyokong Dr Mahathir memegang jawatan tersebut kerana beliau mempunyai sikap dan pendirian yang tegas dalam mempertahankan orang Melayu dan Islam apabila mendapat tekanan daripada pihak-pihak tertentu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perpaduan negara adalah perkara yang paling penting dan seorang pemimpin yang tegas dalam memelihara keamanan sangat diperlukan pada waktu ini.
"Dalam keadaan suasana perpaduan kaum yang semakin longgar dan rapuh, umpama retak menanti belah dan api dalam sekam, maka tindakan melepaskan jawatan Perdana Menteri, seakan membawa kehancuran lagi kepada negara.
Iklan
"Maka, ketegasan Dr Mahathir pada waktu ini sangat perlu dan penting, bagi terus menyelamatkan bangsa Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu dan Negara daripada terus terancam oleh dasar-dasar yang cuba menghakis orang Melayu dan Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, Ummah turut tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang akan melepaskan jawatan nombor satu kerajaan itu jika Majlis Presiden PH mahu beliau berbuat demikian.
Iklan
"Ummah sokong Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal pilihan raya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>