'Orang Melayu biasa guna bawang berbanding kaskas' - Sanusi
Iklan
Sanusi
ALOR SETAR - Penggunaan kaskas menggantikan bawang besar dalam masakan disifatkan kurang sesuai selain tidak menepati selera masyarakat Melayu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ramuan bawang besar juga sudah sebati kalangan masyarakat pelbagai kaum sejak dahulu dan sukar diubah kepada bahan lain sebagai gantian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, cadangan menggantikan bawang besar dengan rempah kaskas disebabkan kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak relevan.
"Sebelum ini ada pemimpin saran makan ubi kayu, sekarang kaskas pula. Benda ni (kaskas) pun tak pernah tengok,” katanya sinis.
Iklan
Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar mencadangkan orang ramai menggunakan rempah kaskas dalam makanan sebagai alternatif kepada bawang yang mengalami kenaikan harga.
Menurutnya, bahan alternatif itu dapat menambah keenakan masakan namun penggunaan rempah kaskas menggantikan bawang hanya boleh digunakan dalam kuantiti sedikit bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan.
Iklan
Sanusi sebaliknya menempelak idea berkenaan yang mungkin hanya sesuai untuk golongan tertentu.
"Rempah kaskas itu banyak digunakan oleh golongan mamak dalam masakan bukan... Saya rasa hanya mereka (mamak) yang tahu apa itu kaskas.
"Mahfuz tu (keturunan) mamak kah? Kegunaan kaskas bukan budaya orang Melayu, saya ingat Mahfuz saja boleh makan masakan ada kaskas, orang Melayu biasa guna bawang,” ujarnya lagi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>