Tiga daerah terima manfaat pelebaran tiga jalan dari Pontian
Iklan
Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tujuh likur di Dewan Jubli Intan Pontian pada Jumaat.
PONTIAN - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menghantar permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi pelebaran jalan di Pontian, Kulai dan Simpang Renggam untuk dilaksanakan tahun depan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiga projek terbabit kini menjadi projek keutamaan tambahan di peringkat negeri Johor.
Iklan
Iklan
"Pelebaran jalan itu akan dilakukan dari Simpang Tiga Ayer Baloi, Pontian sehingga Tol Sedenak, Kulai melalui Sedenak Industrial Park.
"Seterusnya, pelebaran jalan antara Simpang Empat Benut, Pontian sehingga Tol Simpang Renggam dan antara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian sehingga ke Tampok yang terletak di sempadan Bandar Batu Pahat.
Iklan
"Pelebaran akan dilakukan bagi memudahkan laluan kenderaan memandangkan kawasan berkenaan mempunyai ramai penduduk," katanya.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada Jumaat.
Iklan
Beliau berharap agar projek-projek yang dirancang itu mendapat peruntukkan sewajarnya dan disiapkan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut dengan selesa.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai projek kolam selam tempur di Kem Iskandar Mersing, Ahmad menjelaskan kementeriannya memberi jaminan projek tersebut akan siap seperti yang dijadualkan.
"Bagaimanapun, kita tidak mahu kontraktor dan kami (KKR) sebagai kementerian pelaksana mencari alasan.
"Pada kami, apa juga yang diamanahkan mengikut waktu yang ditetapkan akan diselesaikan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan," ujarnya.
Sebelum ini, KKR dilaporkan akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam masa terdekat bagi menjelaskan isu kelewatan projek pembinaan kolam selam tempur itu dan siasatan terperinci mengenainya masih dijalankan untuk memberi keadilan kepada semua pihak terbabit.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.