Peluru berpandu terkena sebuah tapak di Isfahan, Iran

Iklan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran. Foto X/@intelFromBrian

[DIKEMAS KINI] PELURU berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.

Iklan
Iklan

CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.

Pada Ahad, Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu dalam serangan balas selepas serangan yang disyaki Israel di kawasan kedutaannya di Syria.

Bagaimanapun kebanyakan dron dan peluru berpandu telah ditembak sebelum sampai ke wilayah Israel.

Iklan

Israel berkata, ia akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada 13 April.

Pengarah Perhubungan Awam Iran sebuah Syarikat Lapangan Terbang mengesahkan dalam temubual dengan Mehr TV yang dikendalikan kerajaan.

Iklan

Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.

Sementara itu, penerbangan komersial mula melencongkan laluan mereka ke barat Iran susulan sebuah agensi berita Iran mendakwa terdapat 'letupan' kedengaran di bandar Isfahan.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan kekal tinggi di Asia Barat selepas serangan peluru berpandu dan dron Iran terhadap Israel selepas rejim itu menyerang kedutaannya di Damsyik, Syria.

Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung tindakan tersebut walaupun amaran tempatan kepada penerbang mencadangkan ruang udara mungkin telah ditutup.

Setakat ini sekurang-kurangnya lapan penerbangan telah dilencongkan dari ruang udara Iran, memetik laporan CNN.

Agensi berita FARS melaporkan bunyi letupan di Isfahan berhampiran lapangan terbang antarabangsanya.

Bagaimanapun ia tidak memberikan penjelasan untuk letupan itu.

Walau bagaimanapun, Isfahan adalah rumah kepada pangkalan udara utama untuk tentera Iran, serta tapak yang berkaitan dengan program nuklearnya.

Kerajaan Iran tidak memberikan sebarang komen segera.

Isfahan terletak kira-kira 350 kilometer di selatan ibu negara Iran, Teheran. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!