AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin

Iklan
Timbalan Duta AS Robert Wood ketika memveto resolusi di Majlis Keselamatan PBB di New York. - Foto EPA

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.

AS berkata, sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dan bukan melalui tindakan PBB.

Iklan
Iklan

Ia memveto draf resolusi yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB supaya Negeri Palestin diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Britain dan Switzerland berkecuali, manakala baki 12 ahli majlis mengundi ya.

Palestin pada masa ini adalah negara pemerhati bukan ahli, pengiktirafan de facto kenegaraan yang telah diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2012.

Iklan

Tetapi permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan kemudian sekurang-kurangnya dua pertiga Perhimpunan Agung.

Majlis Keselamatan PBB telah lama menyokong visi dua negara yang tinggal bersebelahan dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf.

Iklan

Rakyat Palestin mahukan sebuah negara di Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza, semua wilayah ditawan Israel pada 1967.

Pihak Berkuasa Palestin, yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas, menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat.

Hamas menggulingkan Pihak Berkuasa Palestin daripada kuasa di Gaza pada 2007.

- Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28