'Masih seorang' - Sanusi jawab isu kahwin lagi
Iklan
Sanusi bersama isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperjelaskan kekeliruan yang timbul gara-gara memuat naik status berkaitan berkahwin dalam bulan Syawal di Facebook miliknya.
"Masih seorang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu secara berseloroh sambil menjeling ke arah isteri beliau, Tok Puan Jusmalailani Jusoh ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon pada Khamis.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ramai yang salah sangka dengan status berkenaan dan membuat pelbagai andaian termasuk beliau berkahwin kali kedua.
"Seorang ja (isteri), yang itu ja ada. Saya tak ada motif tertentu, sempena Hari Raya antara program-program yang diadakan ialah kenduri kahwin. Jadi selain berjalan-jalan (ziarah), pergilah kenduri. Biasa sahaja.
Iklan
"Ada hadis Imam Nawawi huraikan, sebaik-baik pilih tarikh untuk berkahwin pada bulan Syawal. Saya ingat saya tak sempat lah sebab nak habis dah Syawal,” jelasnya lagi.
Status Sanusi di laman Facebook miliknya yang mengundang ribuan reaksi serta komen pengikutnya.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan Muhammad Sanusi sudah berkahwin lain.
Iklan
Ia susulan status yang dimuat naik di Facebook beliau beberapa hari lalu mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan kapsyen bertulis 'Dok Pahang'.
Ditanya apakah maksud sebenar kapsyen berkenaan, Sanusi menjelaskan, ia membawa maksud ‘tak faham’ dalam bahasa Arab.
"Tak ada apa pun, saja tulis seperti itu. (Tak sangka) jadi polemik, hanya dua patah perkataan saja, ‘Duk Pahang’.
"Saya balik kampung isteri di Terengganu, orang kata saya pergi Pahang. Bila pula saya pergi Pahang? Saya tak pi Pahang pun,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.