'Kami tewaskan kelab terbaik EPL'

Iklan
Joshua Kimmich (dua, kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Arsenal. Foto AFP

PENGENDALI Bayern Munich, Thomas Tuchel lega selepas pasukannya berjaya menewaskan Arsenal 1-0 pada awal pagi Khamis untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Tuchel, yang menjadi jurulatih Jerman pertama membimbing tiga pasukan berbeza ke separuh akhir Liga Juara-Juara akan meninggalkan pasukan itu setahun lebih awal selepas prestasi dalam saingan liga domestik yang mengecewakan.

Iklan
Iklan

Bayern tidak memenangi sebarang kejuaraan domestik musim ini selepas 11 tahun memegang status sebagai juara Bundesliga yang ditamatkan oleh Bayer Leverkusen.

"Separuh akhir adalah satu langkah besar, ia menyeronokkan. Kegembiraan dan kelegaan yang besar.

Iklan

"Ini adalah detik-detik istimewa. Kami menewaskan salah sebuah kelab terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL). Kami perlu melihat kemenangan ini dan musim ini belum berakhir," katanya.

Bayern unggul menerusi tandukan Joshua Kimmich pada minit ke-63 yang memberikan mereka kemenangan agregat 3-2.

Iklan

Mereka akan menentang Real Madrid dalam separuh akhir selepas kelab Sepanyol itu menyingkirkan juara tahun lalu Manchester City menerusi sepakan penalti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!