Bunuh perompak, Zulkifli terlepas hukuman mati
Iklan
Mohamad Zulkifli dijatuhi hukuman 35 tahun penjara selepas Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
KOTA BHARU - Seorang peniaga warung di Terengganu, Mohamad Zulkifli Ismail, 59, terlepas hukuman gantung apabila mahkamah menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh seorang lelaki sembilan tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam sebulat suara mengetepikan hukuman mati terhadap tertuduh dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu.
Iklan
Iklan
Dua lagi ialah Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.
Tertuduh dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018 selepas didapati bersalah membunuh pencari besi, Zulkefle Abdullah, 37.
Iklan
Kejadian berlaku di kawasan rumah di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh pada 10.30 pagi 7 Disember 2015, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Keputusan hukuman gantung bagaimanapun diteruskan terhadap Mohamad Zulkifli yang membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober 2021.
Iklan
Sebelum itu, peguam Mazlan Md Zain yang mewakili Mohamad Zulkifli berkata, fakta kes menunjukkan bahawa pemohon (Mohamad Zulkifli) merupakan mangsa kerana kejadian berdekatan rumahnya.
Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalkan hukuman kerana mangsa melarikan diri tetapi dikejar oleh tertuduh.
Katanya lagi, mangsa ada meminta tolong tetapi dihalang oleh tertuduh yang tidak membenarkan orang awam membantu sebelum mangsa meninggal dunia akibat pendarahan.
Mahkamah membuat keputusan dengan mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli dan menggantikan hukuman penjara selama 35 tahun.
Kes pembunuhan itu pernah tular di media sosial dan ada yang mendakwa Mohamad Zulkifli melakukan perbuatan itu kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa yang cuba merompak.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>