6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM

Iklan
Foto hiasan 123RF

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula Isnin.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS itu, ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.

Iklan
Iklan

"Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

"KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS, bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” menurut kenyataan berkenaan.

Iklan

KPM memaklumkan pihaknya dan SPP, akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Kenyataan itu memaklumkan pelantikan guru baharu COS itu merupakan cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28