Keluarga pelajar Sabah di Timur Tengah diminta bertenang

Iklan
Mohd Arifin. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif hari ini menggesa ibu bapa dan keluarga kepada pelajar Sabah yang sedang menuntut di Timur Tengah supaya bertenang berikutan konflik yang semakin memuncak di rantau itu.

Beliau berkata, kerajaan Sabah dari masa ke masa berhubung dengan Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sedang memantau keadaan itu terutamanya di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.

Iklan
Iklan

Mohd Arifin berkata, beliau sendiri telah berhubung dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkenaan perkara itu dan diberitahu Wisma Putra serta KPT sudah bersedia untuk sebarang situasi termasuk membawa pulang pelajar tersebut.

"Antara penaja mereka adalah Biasiswa Kerajaan Sabah, Yayasan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah, dan Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Mohd Ariffin berkata, beliau dan pihak Yayasan Sabah juga sentiasa berhubungan dengan wakil yang menjaga anak-anak Sabah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi mengenai situasi semasa anak-anak itu di tiga negara berkenaan.

"Kita juga ada pengalaman menyelaras dan memantau malah membuat penghantaran balik anak-anak Sabah ke tanah air ketika krisis politik yang berlaku di Mesir sebelum ini,” katanya sambil memohon supaya semua pihak berdoa agar anak Sabah yang berada di luar negara berada dalam keadaan baik, tenang dan selesa menjalani pengajian mereka. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!