Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
Iklan
SANTA FE - Pengendali senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins selepas ditembak aktor, Alec Baldwin pada 2021.
Keputusan itu dibuat sebuah mahkamah di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selepas Gutierrez, 27, pada bulan lalu disabit bersalah melakukan pembunuhan secara tidak sengaja apabila dia tersilap memasukkan peluru hidup ke dalam revolver yang digunakan Baldwin ketika sesi latihan menembak di set penggambaran tersebut.