Pekerja bimbang, surau di beberapa cawangan bank tak selamat - NUBE
Iklan
SHAH ALAM - Surau di beberapa cawangan bank bukan sahaja bersaiz kecil bahkan didakwa tidak selamat kerana sebahagiannya adalah bilik stor yang diubah suai.
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) dalam satu kenyataan berkata, kekurangan tersebut menunjukkan pengurusan bank tidak menyediakan kemudahan yang cukup untuk pekerja beribadat meskipun mendapat keuntungan besar.
Iklan
Iklan
Katanya, pekerja meluahkan kebimbangan setelah beberapa bank gagal menyediakan surau yang memadai untuk solat.
"Sebagai komuniti, kita perlu memahami dan mengakui kontribusi sebenar pekerja bank dan menolak narasi lama.
Iklan
"Sudah tiba masanya pekerja bank diberi penghormatan di atas kerja keras serta dedikasi mereka dihargai sepenuhnya oleh pengurusan masing-masing," katanya pada Selasa.
Tambah kenyataan itu, pihaknya menggesa pengurusan tertinggi institusi perbankan untuk memberikan lebih banyak penghargaan kepada staf yang berperanan sebagai nadi utama dalam menjamin kelancaran operasi dan kejayaan bank secara keseluruhan.
Iklan
"NUBE ingin mengingatkan bahawa faktor utama di sebalik pertumbuhan perniagaan mereka adalah hasil daripada interaksi positif oleh pelanggan setiap hari bersama staf bank.
"Pekerja bank adalah tulang belakang yang menggerakkan perniagaan, keuntungan dan kemakmuran bank bagi memastikan operasi berjalan tanpa hambatan.
"Namun, pengurusan atasan sering kali memberikan gambaran bahawa sumbangan pekerja adalah remeh, sementara menonjolkan peranan mereka sendiri sebagai lebih penting," ujarnya.
Dalam masa sama, NUBE mendakwa penghormatan terhadap ketua pegawai eksekutif (CEO) bank merosot apanila mengabaikan rayuan pekerja untuk meneruskan bantuan perayaan 2023.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>