Dua maut bangunan runtuh di utara India

Iklan
Pasukan penyelamat masih menjalankan kerja-kerja menyelamat susulan beberapa individu masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan - Foto: Xinhua

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera apabila sebuah bangunan dua tingkat runtuh di negeri Uttar Pradesh, utara India pada petang Ahad, polis tempatan mengesahkan kepada Xinhua.

Beberapa individu masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan, tambah polis.

Iklan
Iklan

Bangunan itu runtuh di kawasan Jansath di daerah Muzaffarnagar di Uttar Pradesh.

Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan berada di lokasi menjalankan operasi menyelamat, lapor media tempatan.

Iklan

Kira-kira 15 orang dimasukkan ke sebuah hospital tempatan, menurut laporan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan