Komando tentera laut Iran rampas kapal warga Israel di Selat Hormuz
Iklan
ISTANBUL - Komando Tentera Laut Iran merampas sebuah kapal kontena milik seorang jutawan Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media Israel.
Menurut Israel’s Channel 14 dan Times of Israel, kapal yang dirampas di Selat Hormuz ialah MSC Aries yang didaftarkan di Portugal dan dimiliki oleh Zodiac Maritime sebuah syarikat perkapalan dimiliki jutawan Israel Eyal Ofer.