Lelaki warga Israel tiba di mahkamah, dikawal ketat polis
Iklan
Suspek dikawal ketat anggota polis dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang 27 Mac lalu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Kuala Lumpur pada Jumaat.
Suspek, Shalom Avitan, 38, tiba kira-kira jam 8 pagi dibawa menggunakan kenderaan polis dikawal ketat beberapa anggota sebelum dibawa masuk ke dalam kompleks mahkamah.
Iklan
Iklan
Turut kelihatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bersama beberapa pegawai polis berada di lobi mahkamah.
Suspek dikawal ketat oleh anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Suspek akan didakwa atas dua pertuduhan iaitu Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api dan Akta Imigresen.
Iklan
Pada 27 Mac lalu, suspek ditahan di sebuah hotel sebelum pemeriksaan dijalankan menemukan enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.
Turut ditemukan dua pasport iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>