Ribut musnahkan bumbung lima buah rumah di Sungai Petani

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

SUNGAI PETANI - Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Pertahanan Awam (PA) Daerah Kuala Muda, Kapten PA Azhar Ahmad berkata, bagaimanapun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada semua 17 mangsa yang terkesan.

Iklan
Iklan

"Kejadian pertama berlaku di Kampung Paya pada kira-kira 4.30 petang, melibatkan sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.

"Setengah jam kemudian pada 5 petang, kejadian kedua dilaporkan berlaku di Kampung Permatang Pasir, melibatkan sebuah rumah dihuni oleh enam sekeluarga,” katanya.

Iklan

Kejadian ketiga berlaku di Kampung Alor Bemban pada 6 petang, membabitkan tiga buah rumah dengan keseluruhan 10 orang mangsa.

"Keadaan bagaimanapun terkawal.

Iklan

"Tidak ada pusat pemindahan dibuka dan kita telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan Kecemasan Bencana Nadma kepada mangsa,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28