Ketua WHO gesa perlindungan penjagaan kesihatan semasa konflik

Iklan
Hospital al-Shira di Gaza yang musnah dibedil tentera Israel. Foto AFP

GENEVA - Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan dilindungi daripada keganasan yang disasarkan semasa konflik, lapor Xinhua.

Bercakap pada perbincangan panel di ibu pejabat WHO di Geneva, Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan mereka telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.

Iklan
Iklan

Kenyataan Tedros dibuat susulan serangan maut terhadap pekerja bantuan oleh Israel, yang telah mencetuskan kemarahan dan kecaman antarabangsa. Keganasan itu memberi tekanan tambahan pada sistem kesihatan yang sudah terbeban dan membawa kepada trauma psikologi bagi pesakit yang terdedah, kata ketua WHO.

Hospital dan kakitangan perubatan harus dihormati semasa konflik, selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk pada perbincangan Isnin.

Iklan

Sementara itu, di kawasan yang bebas daripada konflik, pemanasan global telah memburukkan lagi kemarau dan banjir, merosakkan kesihatan dan mata pencarian, Turk memberi amaran.

"Satu daripada perkara yang malang dalam peperangan ialah ia sentiasa mengenai pengurusan krisis, yang tidak meninggalkan banyak ruang untuk benar-benar menangani cabaran besar zaman kita," kata ketua hak asasi manusia PBB itu."Krisis iklim jelas satu daripadanya."

Iklan

Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa liputan kesihatan sejagat harus dipromosikan, dengan Turk menggariskan bahawa akses sejagat kepada penjagaan kesihatan adalah hak asasi manusia, bukan isu politik."Ia perlu mempengaruhi keputusan belanjawan yang dibuat oleh negara," katanya.

Turk dan Tedros mencadangkan pembinaan mekanisme dialog strategik semasa antara WHO dan pejabat hak asasi manusia PBB (OHCHR). - Bernama-Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28