Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas. Foto hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu berikutan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang utama seperti Yen Jepun, euro, pound Britain dan franc Switzerland menyusut berbanding dolar AS dengan Rizab Persekutuan (Fed) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah penanda aras yang kini berada pada 5.50 setiap sen.
Beliau berkata, NFP Mac meningkat secara tidak dijangka kepada 303,000, mengatasi jangkaan pakar ekonomi sebanyak 200,000 pekerjaan, menurut Biro Statistik Buruh Jabatan Buruh AS pada Jumaat lalu.
Iklan
Kadar penyertaan tenaga buruh juga menyaksikan peningkatan kepada 62.7 peratus daripada 62.5 peratus, menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat AS menyertai tenaga kerja.
"Secara keseluruhannya, data NFP menggariskan sentimen kenaikan harga dalam dolar AS berbanding mata wang utama lain.
Iklan
"Dalam proses itu, ringgit telah menyusut sebanyak 0.20 peratus berbanding dolar AS kepada RM4.7572 kerana margin besar dalam perbezaan kadar faedah berada yang diunjurkan akan kekal untuk tempoh lebih lama,” katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain,
Unit tempatan menokok berbanding euro kepada 5.1434/1477 daripada 5.1437/1470 pada penutupan Jumaat, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1278/1306 daripada 3.1341/1363, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.9980/0030 daripada 5.9956/9994 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9434/12.9596 daripada 12.9495/12.9641 ketika ditutup pada Jumaat dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.5202/5234 daripada 3.5208/5233 sebelumnya.
Unit tempatan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.1 berbanding 299.4/299.8 ketika ditutup pada Jumaat dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.39/8.41 sebelumnya. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>