Lebih 90 maut bot karam di Mozambique

Iklan
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad. Foto Agensi

NAIROB - Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Media tempatan melaporkan kira-kira 130 penumpang yang melarikan diri daripada wabak taun dalam pelayaran dari Lunga ke Pulau Mozambique, di luar pantai Nampula.

Iklan
Iklan

Seorang jurucakap pentadbiran pulau berkata bot nelayan itu hanya boleh memuatkan maksimum 100 penumpang.

Agensi Berita AIM yang memetik jurucakap pihak berkuasa maritim, melaporkan kapal itu dipercayai karam selepas dipukul ombak besar.

Iklan

Mozambique ketika ini terjejas oleh wabak taun terbesar sejak 25 tahun lalu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Lebih 37,000 kes taun telah dilaporkan sejak wabak itu bermula pada September 2022. - Bernama-dpa

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28