Ringgit mengukuh separuh kedua 2024
Iklan
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.(Gambar hiasan) Foto 123RF
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.
"Pemacu utamanya ialah dasar yang dilonggarkan selanjutnya sebanyak 150 mata asas (bps), yang akan menurunkan kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat kepada 3.00 peratus menjelang Disember 2025.
Iklan
Iklan
"Tetapi faktor-faktor lain juga akan memberikan sokongan asas kepada ringgit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BMI menjangkakan sebaran di antara kadar dasar dan hasil bon di seluruh AS dan Malaysia akan kekal stabil.
Iklan
Pada mesyuarat Mac, Fed kelihatan lebih berdiplomasi daripada yang dijangkakan. Pegawai-pegawai Fed percaya pemotongan 75 mata asas tahun ini adalah sesuai walaupun inflasi dan unjuran pertumbuhannya meningkat.
"Sebaliknya, kami mengekalkan pandangan bahawa Fed akan mengurangkan kadar dananya sebanyak 100 mata asas tahun ini kepada 4.50 peratus.
Iklan
"Ini menunjukkan bahawa perbezaan hasil yang mengecil akan memberi petanda baik kepada ringgit terutamanya jika kita betul menjangkakan Bank Negara Malaysia akan membiarkan kadar dasar semalaman kekal pada 3.00 peratus hingga 2024,” katanya.
"Bahagian komoditi kami meramalkan harga minyak secara puratanya pada AS$85.00 setong pada 2024, melebihi daripada paras AS$82.18 setong pada 2023.
"Ini akan membantu menyokong eksport Malaysia, memandangkan minyak menyumbang hampir 20 peratus daripada eksport,” katanya.
Selain itu, BMI percaya bahawa eksport perkhidmatan akan terus meningkat.
Angka terkini daripada kementerian pelancongan menunjukkan ketibaan pelancong pada 2023 berjumlah 20.1 juta. Walaupun ia melepasi sasaran kerajaan yang disemak semula sebanyak 19.0 juta, ia kekal berada pada 77 peratus daripada tahap prapandemik, katanya.
Namun begitu, BMI menjangkakan kemasukan secara bebas visa selama 30 hari baru-baru ini untuk pelancong India dan China akan membantu mencapai sasaran kerajaan sebanyak 27.3 juta ketibaan pelancong tahun ini, tambahnya.
"Dengan semuanya ini, ia membantu menyuntik kepada unjuran kami untuk lebihan akaun semasa Malaysia meningkat daripada 1.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 kepada 2.6 peratus pada 2024,” jelasnya.
Selain itu, BMI menjangkakan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berdaya tahan akan terus menyokong ringgit.
Malaysia mempunyai prospek ekonomi jangka panjang yang cerah, dibantu oleh penduduk usia bekerja yang berkembang pesat yang akan membolehkannya kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan asing pada tahun-tahun akan datang, katanya.
"Sebagai bahagian daripada KDNK, aliran masuk FDI bersih ke Malaysia secara konsisten mengatasi rakan serantaunya seperti Filipina dan Thailand," tambahnya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.