Kerajaan cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Iklan
PERMATANG PAUH - Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, berita baik untuk penjawat awam akan diumum dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan memberi bayangan selewat-lewatnya ketika pembentangan Belanjawan 2025.