Stanchart Singapore jangka ringgit meningkat berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT dijangka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencecah 4.66 menjelang akhir suku kedua 2024, dan terus meningkat kepada 4.58 menjelang akhir tahun ini berikutan meningkatnya kejelasan mengenai pelonggaran dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Sehubungan itu, Standard Chartered Bank (Singapore) Ltd (StanChart Singapore) menyatakan prospek jangka sederhana yang positif terhadap ringgit.
Iklan
Iklan
"Kami menjangkakan lebihan dagangan komoditi dan elektronik Malaysia bertambah baik, manakala deposit mata wang asing yang tinggi dalam pesisir seharusnya memberi rangsangan kedudukan sebaik sahaja pasaran mendapat kejelasan mengenai pelonggaran dasar Fed," katanya dalam nota penyelidikan global.
Pada loceng pembukaan hari ini, ringgit kekal tidak berubah pada 4.7380/7420 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7425 semasa ditutup semalam.
Iklan
StanChart Singapore turut menyifatkan penglibatan aktif Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pihak berkepentingan sebagai langkah penting untuk menyokong ringgit.
"BNM terlibat secara aktif dengan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, pengeksport dan korporat setempat untuk menggalakkan penghantaran balik dan penukaran pendapatan pelaburan asing dan melindung nilai aset asing.
Iklan
"Ia juga sedang giat memantau penukaran hasil eksport.
"Kami menilainya sebagai langkah penting yang menyokong ringgit," katanya.
Melangkah ke hadapan, StanChart Singapore menjangkakan BNM akan mengelakkan kenaikan kadar untuk menyokong ringgit.
"Kami berpandangan bahawa bank pusat akan menilai kenaikan inflasi keseluruhan sebelum ini yang dipacu oleh perubahan pentadbiran dan rasionalisasi subsidi.
"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam dasar monetari untuk menangani kelemahan tukaran mata wang asing, dengan penggubal dasar tidak melihatnya sebagai menjejaskan prospek pertumbuhan dan inflasi pada masa ini," katanya.
Bagaimanapun, bank itu menggariskan dua risiko utama yang boleh menjejaskan mata wang tempatan.
Menurutnya, sekiranya pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat, yang menyebabkan peningkatan pindahan kadar pertukaran daripada kenaikan harga susulan perubahan pentadbiran dan rasionalisasi subsidi kepada inflasi teras, ini selanjutnya boleh menyebabkan BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
"Kedua, jika ekonomi AS lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan, menangguhkan lagi pengurangan kadar Fed dan meredakan jangkaan pengurangan kadar, ini seterusnya boleh mendorong hasil Perbendaharaan AS, dan seterusnya meningkatkan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang lebih tinggi. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.