Guna khidmat tukar duit raya, duit kecil haram?

Iklan
DUA syarat yang perlu dipenuhi ketika melaksanakan tukaran wang kecil ialah mesti sama nilai atau kuantiti dan dilakukan dengan serta-merta. Foto Pexels

HARI Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Pelbagai persiapan untuk menyambut bulan Syawal semakin galak dilakukan umat Islam.

Ia termasuklah persediaan wang kecil untuk dijadikan sebagai duit raya pada hari raya nanti.

Iklan
Iklan

Bagi yang sibuk, mereka akan menggunakan khidmat ‘runner’ bagi tujuan tersebut.

Namun timbul persoalan, apakah dibolehkan umat Islam menggunakan perkhidmatan ini? Ada yang mengatakan ia termasuk dalam unsur riba, benarkah begitu?

Iklan

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum menggunakan khidmat untuk tukaran duit raya ini bergantung kepada pelaksanaannya.

USTAZ AZHAR IDRUS

Iklan

"Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya.

Bagaimanapun katanya, khidmat upah tersebut diharuskan sekiranya tukaran tersebut sama nilainya selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.

Situasi tersebut sama juga hukumnya dengan tukaran wang kecil untuk tujuan lain selain duit raya.

Bagaimanapun ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar kita tidak terlibat dengan riba.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.

"Sekiranya kuantiti tukaran tidak sama, maka transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Fadl.

Katanya lagi, selain itu terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang.

HARUS dan haram hukum menggunakan khidmat tukar duit raya bergantung kepada cara pelaksanaannya.

"Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Yadd iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.

"Akhirnya, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan rasul-NYA,” katanya.