Kerajaan akan putuskan dedah laporan RCI TH kepada awam

Iklan
Syed Hamadah Syed Othman. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) kepada awam atau sebaliknya akan diputuskan oleh kerajaan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, sebarang keputusan berhubung perkara tersebut terletak di bawah dasar kerajaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan RCI TH memandangkan laporan mengenainya telah siap Julai 2022 lalu.

Pada 2021 lalu, kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan RCI susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 dan 8 Okt 2021.

Iklan

Ia ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Seri Paduka dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan sama ada had kadar minimum pendaftaran haji baharu telah diputuskan atau sebaliknya, Syed Hamadah berkata, perkara itu sedang dibincangkan.

Iklan

"Memang perkara ini ada dalam kajian TH untuk tingkatkan simpanan kepada satu kadar yang lebih tinggi berbanding ketika ini RM1,300.

"Namun, buat masa ini tiada keputusan muktamad lagi. Insya-ALLAH dalam masa terdekat kita akan buat pengumuman," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!