Kerja selenggara di lebuh raya libat penutupan lorong dihentikan sementara

Iklan
Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Aidilfitri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, arahan itu berkuat kuasa bermula semalam.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Nanta memaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik lebih lancar pada sambutan perayaan itu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pula menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.

Iklan

Peningkatan pengguna lebuh raya itu juga susulan pemberian kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan