Liverpool pilihan utama juara EPL

Iklan
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (tengah) meraikan jaringannya dalam aksi EPL ketika menentang Brighton. Foto AFP

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berkata, Liverpool kini menjadi pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan baki sembilan perlawanan selepas Manchester City seri tanpa jaringan menentang Arsenal di Stadium Etihad.

Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brighton 2-1 di Anfield pada Ahad untuk memastikan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu dua mata di depan Arsenal dan tiga mata mengatasi City.

Iklan
Iklan

"Ya, semestinya pasukan yang berada di kedudukan pertama adalah pilihan (menjadi juara), kedua Arsenal dan kami ketiga,” kata Guardiola

Dia turut ditanya sama ada terdapat kebimbangan bahawa City mungkin tidak dapat mengejar Liverpool dalam baki sembilan perlawanan terakhir liga.

Iklan

"Sudah tentu kami lebih suka menang. Kami mengambil perkara itu dengan sebaik mungkin. Perlawanan juga menjadi semakin sengit.

"Saya mengenali pasukan saya dan saya sangat bangga dengan kesemua pemain. Mereka mencuba dan kami akan lihat apa yang berlaku. Kami perlu kembali berada pada tahap terbaik sebelum menentang Aston Villa,” katanya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28