[VIDEO] Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 pesara

Iklan

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak yang akan dibayar Jumaat ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, turut mendapat bantuan khas itu adalah pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH saya telah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya dalam majlis perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini pada Isnin.

Beliau berkata, BKK itu juga mengambil kira keluhan penjawat awam yang ditemui di bazar Ramadan ketika lawatan kerja beliau ke Pahang dan Sarawak baru-baru ini.

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan menyampaikan ucapan pada majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Kementerian Kewangan hari ini. Foto Bernama

Anwar berkata, sekiranya politik stabil, dasar ekonomi jelas dan pelaburan domestik dan asing bertambah, kerajaan boleh mempertimbangkan penyaluran bantuan lain kepada rakyat.

Turut bersama dalam perhimpunan bulanan itu adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28