10 kaki judi kena tangkap

Iklan
Kesemua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

GEORGE TOWN - Seramai 10 orang lelaki ditahan ketika sedang leka berjudi di kawasan taman permainan di belakang blok Vila Kenanga, Jalan Batu Uban dekat sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan pada jam 4.45 pagi oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti bermain judi di tempat terbuka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan mendapati kesemua mereka bermain judi daun terup di kawasan berkenaan.

"Kesemua mereka kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,"katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Iklan

Razlam berkata, kes disiasat di bawah Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan