Aidilfitri: JPJ rancang strategi, operasi pastikan bas selamat

Iklan
JPJ Selangor melaksanakan pemeriksaan bas di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam dan Terminal Bas Jalan Reko, Bangi, menjelang musim perayaan. (Gambar kecil: Azrin) Foto: JPJ Selangor

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor melaksanakan 843 pemeriksaan di terminal bas di Seksyen 17, di sini dan Jalan Reko, Bangi, sepanjang 18 hari Ramadan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, semua bas diperiksa bagi memastikan keselamatan penumpang selain keadaan bas yang selamat digunakan.

Azrin

Iklan
Iklan

Menurutnya, untuk perjalanan yang melebihi 300 kilometer, dua pemandu bas diperlukan bagi mengelakkan pemandu keletihan ketika memandu jauh.

"Pemeriksaan dilakukan terhadap pemandu dan teknikal kenderaan seperti keadaan tayar dan brek kenderaan.

Anggota JPJ Selangor memeriksa keadaan tayar bas. Foto: JPJ Selangor.

Iklan

Beliau berkata, JPJ Selangor telah mengeluarkan sembilan notis saman termasuk arah periksa dan larangan penggunaan kenderaan.

Tegas Azrin, pihaknya mahu memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Iklan

"JPJ Selangor akan sentiasa membuat pemantauan secara berterusan selain merancang pelbagai strategi penguatkuasaan seperti penyamaran, rondaan dan pemeriksaan bas di terminal bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan pengusaha dan pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya," ujarnya.

Tambahnya, sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28