Kehidupan di Sarawak perlu diteladani - Anwar
Iklan
Anwar beramah mesra bersama tetamu semasa tiba bagi merasmikan Majlis Berbuka Puasa Madani Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin malam ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu meneladani kehidupan di Sarawak yang tenang dengan rakyatnya hidup dalam perpaduan meskipun rencam kaum, agama dan budaya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini, beliau berkata, sebarang isu dan perbezaan di negeri itu diurus dengan hikmah, ihsan dan kasih sayang berbanding pergaduhan, amarah dan kebencian.
Iklan
Iklan
Menurut Anwar beliau menyentuh perkara itu memandangkan sikap segelintir masyarakat sejak kebelakangan ini, yang begitu mudah membelit diri dengan isu-isu lama dan gemar memperbesarkan masalah kecil hingga melarat menjadi mudarat.
Selain itu, katanya, keamanan dan kestabilan politik di Sarawak dengan barisan pimpinan yang menggunakan kedudukan dan kuasa untuk rakyat, membolehkan hubungan erat terjalin antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Iklan
"Kerjasama ini membolehkan pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan klinik, khususnya di luar bandar dan pedalaman dibangunkan dengan lebih pantas dan kos lebih rendah berbanding kaedah biasa,” kata Perdana Menteri.
Sebelum itu, Anwar menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madanidi pekarangan Masjid Al-Muttaqin di Kota Samarahan, Sarawak bersama kira-kira 2,000 masyarakat setempat.
Iklan
Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan semua umat Islam untuk menyelami ibrah Ramadan tahun ini dan meningkatkan iman dan amal yang menjadi teras kepada disiplin serta integriti diri. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>