Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM

Iklan
Orang ramai mengambil kesempatan untuk membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sempena Sesi Town Hall PADU di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 13 baru-baru ini. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - CyberSecurity Malaysia (CSM) mengesahkan bahawa Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selamat untuk melindungi data peribadi pengguna dan menolak kemungkinan integriti data sistem berkenaan berpotensi untuk dikompromi.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pengesahan itu berdasarkan kepada lima faktor iaitu CSM telah melaksanakan penilaian kelemahan keselamatan terhadap Sistem PADU termasuk memberi khidmat nasihat penyelesaian untuk sebarang kelemahan yang ditemui.

Iklan
Iklan

"Sistem PADU telah mematuhi keperluan yang ditetapkan pada Dasar Kriptografi Negara, keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Amirudin berkata, selain itu, CSM sentiasa memantau pelaporan insiden keselamatan siber yang berkaitan dengan sistem berkenaan dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi terlibat bagi memastikan tahap keselamatan siber PADU sentiasa terjamin.

Iklan

Iklan

"CSM juga sentiasa bersedia sekiranya diperlukan untuk memantau keselamatan komputer pelayan sistem PADU dan data yang tersimpan dalam komputer pelayan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik seorang pakar sekuriti siber yang mendakwa pembangunan PADU menggunakan kaedah"lapuk" dan ia boleh menggugat integriti data. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28