MUIS nafi salah guna kuasa dalam pentadbiran

Iklan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tampil menafikan tuduhan bahawa terdapat salah guna kuasa dalam pentadbiran MUIS.

Penafian itu merujuk kepada tuduhan yang tular di laman sesawang dan media sosial mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUIS telah membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan MUIS dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

Iklan
Iklan

Tuduhan tersebut juga turut mendakwa kononnya CEO MUIS telah mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

Menurut Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin, pihak MUIS menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS dan juga pentadbirannya.

Iklan

"Pihak MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang telah membuat dan menyebarkan tuduhan-tuduhan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan