PAC puas hati KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi
Iklan
Mas Ermieyati
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjaya mendapatkan bayaran balik ventilator yang tidak berfungsi.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bayaran balik itu berjumlah RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator.
Iklan
Iklan
Beliau menjelaskan, tindakan itu selaras dengan syor ketiga Laporan PAC DR 11/2023 iaitu KKM perlu segera menyemak status waranti bagi semua 136 unit peralatan ventilator selain memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak bertanggungjawab.
Oleh yang demikian ujarnya, PAC mencadangkan wang berkenaan diguna dan ditambah oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan ketersediaan peralatan ventilator di seluruh hospital kerajaan.
Iklan
"PAC juga dimaklumkan susulan syor, KKM telah mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan lebihan stok penutup boot dan ‘protective jumpsuit’ dapat digunakan sepenuhnya.
"Sehubungan itu, KKM perlu memastikan stok pada kadar optimal bagi persediaan berlaku wabak atau pandemik,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini Dewan Rakyat pada November tahun lalu dimaklumkan, KKM akan memastikan setiap proses perolehan, termasuk ketika darurat atau kecemasan, dilakukan dengan lebih cekap dan mengikut prosedur.
Dr Zaliha Mustafa yang ketika itu Menteri Kesihatan memberi jaminan kementerian itu akan menerima syor daripada PAC terutama bagi menambah baik pengurusan KKM.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>