BEKAS pemain hoki Kelab Hoki Terengganu (THT), Syamiru Aiman Bidin meninggal dunia kira-kira jam 11.48 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu akibat kanser di kepala.
Timbalan Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohd Fikri Harun berkata, pemergian beliau disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena hoki khususnya Terengganu kerana komitmennya yang tinggi di dalam dan luar padang.