Keindahan seni budaya, warisan ditonjolkan sempena lebaran
Iklan
Pengunjung Suria KLCC akan dihiburkan persembahan kebudayaan pada hujung minggu sempena Aidilfitri tahun ini.
KUALA LUMPUR - Keindahan ‘bougainveilla' atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan pelbagai dedaun serta bunga tropika tempatan menghiasi ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC sempena lebaran tahun ini.
Dekorasi indah itu turut diserikan dengan replika rumah kampung tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia.
Iklan
Iklan
Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, pusat beli-belah ikonik itu turut melancarkan kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari, bermula dari 15 Mac lalu sehingga 21 April ini.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi berkata, pihaknya mengetengahkan warisan budaya dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.
Iklan
"Pengunjung juga boleh mencuba bermain permainan tradisional seperti teng teng, batu seremban dan congkak sepanjang tempoh kempen Hari Raya ini selain menikmati persembahan kebudayaan pada hujung minggu," katanya pada Sabtu.
Mengulas lanjut beliau berkata, melalui kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Suria KLCC membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi kraf dan sesi interaktif kraf yang berlangsung di laman ‘Centre Court’ dan jualan kraf tempatan di Ramlee Mall yang terletak di aras 1, bermula 15 Mac sehingga 7 April ini.
Sherina (dua dari kiri) duduk di ruang tamu rumah kampung dihiasi dekorasi yang menggamit nostalgia.
Iklan
Tambahnya, seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran Kesihatan Mental, pengunjung yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersenarai berpeluang untuk membeli ‘Suria Ribbon Pin’ berharga RM10 dan menerima pelitup muka batik eksklusif.
Sherina berkata, kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada NGO yang terpilih.
Dalam pada itu, pihaknya turut menampilkan binaan lampu pelita setinggi 18 meter di laman ‘Esplanade KLCC’.
"Binaan ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records pada 2022 sebagai replika lampu pelita terbesar di Malaysia dan memaparkan tekstur anyaman berwarna-warni pada setiap panelnya," ujarnya.
Beliau berkata, pengalaman membeli-belah musim perayaan di Suria KLCC turut diperkaya dengan ganjaran menarik.
Sementara itu katanya, sambutan Hari Raya di Alamanda Putrajaya turut berlangsung dari 15 Mac sehingga 21 April ini.
Katanya, pengunjung yang berbelanja di pusat beli-belah itu akan mendapat ganjaran melalui ‘Shoppers Rewards Programme’ dan kempen Aidilfitri turut diadakan oleh Mesra Mall di selama 46 hari, bermula 12 Mac hingga 30 April 2024.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi