UMNO tidak tuntut kerusi DUN Kuala Kubu Bharu - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di Menara Dato Onn pada Jumaat

KUALA LUMPUR - UMNO tidak akan menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu walaupun terdapat peningkatan lebih 50 peratus pengundi Melayu di kawasan itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menghormati kerusi berkenaan milik rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Maka sesiapa sahaja yang akan dicalonkan oleh pengerusi Kerajaan Perpaduan, insya-ALLAH jentera UMNO terutama daripada MCA dan parti Friends of BN akan bersama untuk turun membantu calon berkenaan biarpun tarikh (PRK) belum ditentukan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di sini pda Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP meninggal dunia akibat kanser.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu UMNO terus istiqamah dan mendukung perpaduan bersama parti komponen dalam kerajaan.

"Kita mahu kestabilan politik di negara ini terus dipertahankan.

Iklan

"Malah dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri kita telah memperlihatkan kesatuan dalam kalangan parti komponen dalam BN dan juga dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.