SINGAPURA - Singapura berjaya melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan pertamanya ke Gaza pada Rabu, sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga bantuan kemanusiaan negara itu ke kawasan konflik.
Dalam hantaran di Facebook, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berkata, misi menggugurkan bantuan itu menggunakan pesawat pengangkut C-130 milik RSAF yang dijalankan dengan kerjasama rapat Tentera Udara Jordan.