'Malapetaka' jika Israel serang Rafah - UNICEF

Iklan
UNICEF memberi amaran mengenai 'malapetaka' jika tentera Israel melancarkan pencerobohan darat di bandar Rafah, selatan Gaza. Foto AFP

RAFAH - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai 'malapetaka' jika tentera Israel melancarkan pencerobohan darat di bandar Rafah, selatan Gaza.

Menurut jurucakapnya, James Elder, serangan Israel ke kawasan itu dijangka mampu membunuh sejumlah besar kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Rafah adalah bandar kanak-kanak. Ketika ini terdapat 600,000 kanak-kanak di bandar itu berbanding hanya beberapa ratus ribu orang sebelum. Kekurangan zat makanan semakin menjalar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, beliau bertekad untuk melakukan serangan darat di Rafah, walaupun amaran antarabangsa semakin meningkat.

Iklan

Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berkumpul di Rafah, yang bersempadan dengan Mesir.

Ketika pertempuran antara Hamas dan tentera Israel semakin membara, kumpulan bantuan dan organisasi antarabangsa telah mengeluarkan amaran mengenai risiko kebuluran jika penghantaran bantuan kemanusiaan tidak ditingkatkan. - Awani

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28